Tingkat 6, Wisma Persekutuan,Jalan Kampung Baru, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman Tel 04 7205583/84 Faks 04 7323875

Rabu, 4 Julai 2012

KERATAN AKHBAR

Sawa batik masuk hotel

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Suasana di pekarangan tempat letak kereta sebuah hotel empat bintang di bandar raya ini gempar apabila seekor anak ular sawa batik ditemui tersangkut dalam saluran air hujan di stor penyimpanan gas di tingkat bawah bangunan itu, semalam.
Ular sawa berukuran dua meter dan seberat kira-kira empat kilogram itu dipercayai cuba menyelinap masuk ke dalam hotel berkenaan melalui saluran air dalam bilik stor terbabit.

Orang ramai yang mula mengerumuni lokasi penemuan ular sawa berkenaan seawal jam 7 pagi pada mulanya menyangka reptilia berkenaan sudah mati disebabkan banyak darah keluar dari saluran air hujan terbabit.

Kejadian itu disedari pengawal keselamatan hotel yang membuat rondaan di stor penyimpanan gas berkenaan jam 3 pagi sebelum ternampak ekor ular sawa terjuntai dalam saluran air hujan sebelum memaklumkan kepada rakan-rakannya.


Beliau bersama beberapa kakitangan hotel itu cuba menarik keluar ular berkenaan, tetapi gagal disebabkan seluruh badan ular sawa berkenaan tersekat dalam saluran terbabit.

sumber dari metro harian

UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Selasa, 3 Julai 2012

KERATAN AKHBAR


KERATAN AKHBAR


KERATAN AKHBAR


Petani nyaris dibaham sang batik.



ALOR SETAR – Seorang petani nyaris dibaham ular sawa batik yang belingkar di dalam sawah padi miliknya di Kampung  Kemboja Jalan Sunagai Korok, disini semalam.

Kejadia belaku kira – kira jam 8.00 pagi itu ketika Abd Rahman Abdul Mutalib,45,pemilik sawah sedang menyembur racun kedalam sawah padi dan dia terlihat reptilia sepanjang lima meter sedang belengkar kekenyagan selepas memakan sesuatu.

“Saya tekejud apabila melihat ular sawa sedang belengkar di dalam sawah padi saya,pada masa itu saya sedang menyembur racun serangga untuk tanaman padi dan saya terus mematikan enjin pam racun dan berlari kerana takut di belit reptilia itu,”katanya kepada sinar harian.

Abd Rahman,berkata, ini adalah kejadian pertama setelah hampir sepuluh tahun mengusahakan sawah padi tersebut dan kemungkinan ular sawa seberat 78 kilogram ini tersesat dibawa air banjir .

“Ini adalah kali pertama dalam hidup saya setelah hampir sepuluh tahun menggusahakan sawah padi tersebut kemungkinan ular sawa tersesat dihanyutkan oleh air banjir baru – baru ini dan kemudiannya menjadikan kawasan sekitar sawah padi sebagai habitatnya,”jelasnya.

Menurut bapa kepada lima anak,sehari sebelum kejadian dia bersama isterinya datang ke sawah padi untuk menyulam anak padi tetapi tidak menjumpai ular sawa tersebut dan tidak melihat sesuatu yang pelik belaku.

Sementara itu,Mohd Faizol Ab.Aziz Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kota Setar,berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pengadu pada jam 8.30 pagi dan menghantar empat orang anggota ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Semasa anggota sampai ke tempat kejadian,ular sawa tersebut sudah pun bersembunyi ,anggota terpaksa mencari sekitar kawasan sawah padi dan akhirnya salah seorang anggota melihat kelibat reptilia tersebut berada didalam celahan rumput di tepi sawah,”katanya ketika di temui.

Menurut Mohd Faizol anggotanya mengambil masa kira –kira 10 minit menangkap ular sawa batik tersebut dan dibawa balik ke Pusat kawalan Operasi Daerah Kota Setar untuk diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Dan Taman Negara.

Isnin, 2 Julai 2012

Guru wanita selamat Myvi terbabas

Shahful Bakri Abd Razak
15 Mei 2012
ALOR SETAR - Seorang guru wanita terselamat dalam kejadian kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas dan merempuh penghadang di KM47.3 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Palza Tol Alor Setar Utara malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam apabila pemandu kenderaan itu seorang diri dalam perjalanan dari Pulau Pinang memuju Jitra.

Seorang saksi kejadian berkata, dia dikejutkan dengan satu dentuman yang kuat dari arah belakang ketika menghampiri susur keluar plaza tol berkenaan.

“Saya terkejut apabila mendapati sebuah Myvi remuk teruk di bahagian hadapan selepas terbabas dan melanggar penghadang lebuh raya.

"Saya memberhentikan kenderaan dan berlari ke arah mangsa untuk menyelematkannya. Wanita itu hanya cedera ringan disebabkan beg udara kenderaannya berfungsi dengan baik,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan, pemandu Myvi itu, Revathy Ramanida, 28, seorang guru di salah sebuah sekolah di Paya Kemunting dan penuntut pengajian jarak jauh di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.   Beliau dikatakan secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan dan kenderaannya melintang di tengah lebuh raya.

Revathy hanya cerdera ringan dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar (HSBAS) untuk rawatan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Tujuh sekeluarga nyaris maut dihempap pokok

Wartawan Sinar Harian
9 Jun 2012
ALOR SETAR – Tujuh sekeluarga nyaris maut dihempap pokok sena sebesar dua pemeluk orang dewasa dalam kejadian ribut di Kampung Alor Melintang, Gunung Keriang di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku kira –kira jam 11 malam itu turut meranapkan ruang tamu yang baru dibina tahun lepas melibatkan kos RM25,000.

Azizan Taib, 59, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri sedang bersiap-siap untuk tidur. Ketika dia cuba melelapkan mata, dia terdengar bunyi tiupan angin yang kuat berserta dentuman di bahagian ruang tamu rumahnya.

“Saya dan isteri bergegas bangun dan terkejut melihat ruang tamu rumah saya hampir ranap dihempap pokok sena.

“Saya bersyukur kerana 10 minit sebelum itu, saya bersama enam anak dan seorang menantu yang sarat mengandung sedang menonton televisyen. Jika tidak, tentu kejadian lebih buruk mungkin terjadi,” katanya.

Sementara itu, anak sulungnya, Mohd Saifulazline, 28, berkata, dia bersama isteri berada di bilik tidur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat seolah-olah ada benda besar jatuh di atas bumbung rumah.

“Bunyinya terlalu kuat membuat isteri saya yang sarat mengandung terkejut dan menjerit mendengarnya seolah-olah ada sesuatu yang jatuh dari langit menghempap bumbung bahagian ruang tamu rumah,” katanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tiada sesiapa yang cedera selain mengucapkan terima kasih kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kota Setar dan penduduk kampung yang membantu memotong dan mengalihkan pokok tersebut.

sumber sinar harian.

Kepala warga emas parah dirempuh kereta

SHAHFUL BAKRI ABD RAZAK
23 Mei 2012
Kepala warga emas parah dirempuh kereta
Nahas menyebabkan warga emas mengalami pendarahan teruk di kepala.
ALOR SETAR – ‘Tolong, tolong pakcik!’ Hanya itu mampu dilaungkan seorang warga emas yang terjatuh apabila motosikalnya dirempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Lencong Barat di sini, kelmarin.

Mangsa, Otman @ Ahamad Jusof, 70, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala mengerut dahi kesakitan sambil mengerang memohon dirinya dibantu.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 2.05 petang ketika mangsa menunggang motosikalnya dari persimpangan pusat beli belah Alor Setar Mall untuk pulang ke rumahnya yang terletak di Kampung Tengah Mukim Kuala Kedah.

Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat, secara tiba-tiba sebuah kereta Perodua Viva yang datang dari arah Kuala Kedah membelok ke kanan tanpa berhenti.

Ia kemudian merempuh motosikal yang dipandu warga emas tersebut menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia mendengar dentuman kuat dari arah hadapannya sebelum ternampak sebuah kereta Perodua Viva melanggar motosikal yang ditunggangi warga emas itu menyebabkan mangsa terpelanting.

“Saya segera memberhentikan kenderaan dan berlari ke arah mangsa. Ketika itu saya melihat banyak darah mengalir menerusi luka di kepalanya. Saya tak berani untuk mengalih mangsa di tengah jalan bimbang mangsa mengalami kecederaan serius lain,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar (HSB) dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kota Setar untuk mendapat rawatan.

sumber sinar harian.

Padah bawa motosikal dalam keadaan mabuk

SHAHFUL BAKRI ABD RAZAK
10 Jun 2012
Padah bawa motosikal dalam keadaan mabuk
Anggota JPAM daerah Kota Setar memberi rawatan awal kepada mangsa yang terbabas
ketika menunggang motosikal.
KUALA KEDAH – Gara-gara mabuk, seorang lelaki warga emas hilang kawalan ketika menunggang motosikal sebelum terbabas di persimpangan Taman Sri Kota, Jalan Kuala Kedah, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika mangsa yang berusia 55 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sri Kota.

Sebelum itu, dia dikatakan keluar bersama rakan untuk minum arak.

Seorang penduduk yang tinggal di taman perumahan sama dan juga saksi kejadian berkata, sejurus sebelum kemalangan, dia sedang menonton televisyen sambil berehat di ruang tamu.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi sesuatu dan keluar untuk melihat.

“Saya terkejut apabila ternampak seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas jalan dengan muka dan tangannya luka.

“Saya cuba sedarkan mangsa dengan menepuk bahunya. Barulah dia membuka mata dan bertanya kepada saya apa yang berlaku dan di mana dia berada ketika itu. Berkali-kali dia bertanyakan soalan sama kepada saya,” katanya.

Sementara itu, anggota paramedik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kota Setar berkata, mangsa mungkin mabuk ketika menunggang motosikal kerana terbau minuman keras yang kuat daripada pernafasan mangsa.

Lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar (HSB) untuk mendapat rawatan lanjut.

sumber sinar harian.