ALOR SETAR – Seorang petani nyaris dibaham
ular sawa batik yang belingkar di dalam sawah padi miliknya di Kampung Kemboja Jalan Sunagai Korok, disini semalam.
Kejadia belaku kira – kira jam 8.00 pagi itu
ketika Abd Rahman Abdul Mutalib,45,pemilik sawah sedang menyembur racun kedalam
sawah padi dan dia terlihat reptilia sepanjang lima meter sedang belengkar
kekenyagan selepas memakan sesuatu.
“Saya tekejud apabila melihat ular sawa sedang
belengkar di dalam sawah padi saya,pada masa itu saya sedang menyembur racun
serangga untuk tanaman padi dan saya terus mematikan enjin pam racun dan berlari
kerana takut di belit reptilia itu,”katanya kepada sinar harian.
Abd Rahman,berkata, ini adalah kejadian
pertama setelah hampir sepuluh tahun mengusahakan sawah padi tersebut dan
kemungkinan ular sawa seberat 78 kilogram ini tersesat dibawa air banjir .
“Ini adalah kali pertama dalam hidup saya
setelah hampir sepuluh tahun menggusahakan sawah padi tersebut kemungkinan ular
sawa tersesat dihanyutkan oleh air banjir baru – baru ini dan kemudiannya
menjadikan kawasan sekitar sawah padi sebagai habitatnya,”jelasnya.
Menurut bapa kepada lima anak,sehari sebelum
kejadian dia bersama isterinya datang ke sawah padi untuk menyulam anak padi
tetapi tidak menjumpai ular sawa tersebut dan tidak melihat sesuatu yang pelik
belaku.
Sementara itu,Mohd Faizol Ab.Aziz Pegawai
Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kota
Setar,berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pengadu pada jam 8.30
pagi dan menghantar empat orang anggota ke tempat kejadian sejurus menerima
panggilan.
“Semasa anggota sampai ke tempat kejadian,ular
sawa tersebut sudah pun bersembunyi ,anggota terpaksa mencari sekitar kawasan
sawah padi dan akhirnya salah seorang anggota melihat kelibat reptilia tersebut
berada didalam celahan rumput di tepi sawah,”katanya ketika di temui.
Menurut Mohd Faizol anggotanya mengambil masa
kira –kira 10 minit menangkap ular sawa batik tersebut dan dibawa balik ke
Pusat kawalan Operasi Daerah Kota Setar untuk diserahkan kepada Jabatan
Perhilitan Dan Taman Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan