9 Jun 2012
Kejadian yang berlaku kira –kira jam 11 malam itu turut meranapkan ruang tamu yang baru dibina tahun lepas melibatkan kos RM25,000.
Azizan Taib, 59, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri sedang bersiap-siap untuk tidur. Ketika dia cuba melelapkan mata, dia terdengar bunyi tiupan angin yang kuat berserta dentuman di bahagian ruang tamu rumahnya.
“Saya dan isteri bergegas bangun dan terkejut melihat ruang tamu rumah saya hampir ranap dihempap pokok sena.
“Saya bersyukur kerana 10 minit sebelum itu, saya bersama enam anak dan seorang menantu yang sarat mengandung sedang menonton televisyen. Jika tidak, tentu kejadian lebih buruk mungkin terjadi,” katanya.
Sementara itu, anak sulungnya, Mohd Saifulazline, 28, berkata, dia bersama isteri berada di bilik tidur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat seolah-olah ada benda besar jatuh di atas bumbung rumah.
“Bunyinya terlalu kuat membuat isteri saya yang sarat mengandung terkejut dan menjerit mendengarnya seolah-olah ada sesuatu yang jatuh dari langit menghempap bumbung bahagian ruang tamu rumah,” katanya.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tiada sesiapa yang cedera selain mengucapkan terima kasih kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kota Setar dan penduduk kampung yang membantu memotong dan mengalihkan pokok tersebut.
sumber sinar harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan