Tingkat 6, Wisma Persekutuan,Jalan Kampung Baru, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman Tel 04 7205583/84 Faks 04 7323875

Rabu, 4 Julai 2012

Sawa batik masuk hotel

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Suasana di pekarangan tempat letak kereta sebuah hotel empat bintang di bandar raya ini gempar apabila seekor anak ular sawa batik ditemui tersangkut dalam saluran air hujan di stor penyimpanan gas di tingkat bawah bangunan itu, semalam.
Ular sawa berukuran dua meter dan seberat kira-kira empat kilogram itu dipercayai cuba menyelinap masuk ke dalam hotel berkenaan melalui saluran air dalam bilik stor terbabit.

Orang ramai yang mula mengerumuni lokasi penemuan ular sawa berkenaan seawal jam 7 pagi pada mulanya menyangka reptilia berkenaan sudah mati disebabkan banyak darah keluar dari saluran air hujan terbabit.

Kejadian itu disedari pengawal keselamatan hotel yang membuat rondaan di stor penyimpanan gas berkenaan jam 3 pagi sebelum ternampak ekor ular sawa terjuntai dalam saluran air hujan sebelum memaklumkan kepada rakan-rakannya.


Beliau bersama beberapa kakitangan hotel itu cuba menarik keluar ular berkenaan, tetapi gagal disebabkan seluruh badan ular sawa berkenaan tersekat dalam saluran terbabit.

sumber dari metro harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan