PPAD KOTA SETAR |
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu di dalam ruangan laman Blog JPAM Daerah Kota Setar ini.
Terlebih dahulu, saya yang telah diberikan mandat sebagai PPAD Kota Setar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pegawai dan Anggota sukarelawan JPAM melayari laman Blogs ini dan juga diatas kesudian memberi sumbangan idea dan pendapat di dalam ruangan Blog JPAM Daerah Kota Setar.
Jabatan Pertahanan Awam kini telah pun menghampiri usia 60 tahun penubuhannya pada 24 Mac 2012 nanti. Justeru itu JPAM kini semakin dikenali oleh rakyat dan menghadapi cabaran dan ekpetasi masyarakat yang tinggi terhadap perkhidmatannya. PDPA Kota Setar sebagai peneraju kepada JPAM Kedah menggalas tugas yang berat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Walaubagaimana pun, saya melihat dengan kekuatan tenaga manusia Pegawai dan Staff PDPA Kota Setar serta dibantu dengan sokongan dari Sukarelawan Pertahanan Awam yang aktif saya yakin kita mampu menangani cabaran yang diberikan. Ditambah dengan sokongan logisitk dan peruntukan kewangan yang bertambah PDPA bersiap sedia untuk mencapai objektif misi dan visi yang ditetapkan oleh Pengurusan Tertinggi.
PDPA Kota Setar akan menumpukan terhadap program dan aktiviti yang memberi impak yang tinggi dan meluas kepada masyarakat. PDPA Kota Setar sentiasa konsisten untuk menambah bilangan anggota sukarela baru selain memantapkan barisan anggota sedia ada dan memperkasakan perkhidmatan Pusat Kawalan Operasi (PKOD) 999.
Sejajar dengan hasrat Jabatan yang bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat sebagai salah satu wadah yang amat berkesan untuk memperkenalkan JPAM dan juga memaparkan program-program dan aktiviti yang boleh merealisasikan hasrat murni JPAM Kota Setar untuk anda semua.
Akhir kata, saya berharap inisiatif dalam perlaksanaan Blog JPAM Kota Setar ini akan diperkembangkan dan dimajukan secara berterusan demi kesejahteraan dan pengetahuan generasi masa depan negara ini.
Sekian, wassalam.
KAPT (PA) SAIFUDDIN BIN ABDULLAH
Pegawai Pertahanan Awam
Daerah Kota Setar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan