Tingkat 6, Wisma Persekutuan,Jalan Kampung Baru, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman Tel 04 7205583/84 Faks 04 7323875

Rabu, 14 Mac 2012

Dua puluh penumpang pesawat maut

Kapt (PA) Saifuddin Abdulah memerhati anggota JPAM membuat rawatan kepada mangsa


ALOR SETAR - 14 Mac 2012, Dua puluh penumpang pesawat maut manakala empat puluh yang lain cedera parah apabila sebuah pesawat membawa penumpang terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar ( LTSAH ) semalam.

Kemalangan yang meragut Dua puluh penumpang  itu turut mengejudkan orang ramai yang tinggal berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar ( LTSAH ) apabila melihat semua agensi penyelamat bergegas kelokasi kejadian, sebanyak16 buah ambulan  digunakan bertujuan merawat dan membawa mangsa ke untuk rawatan lanjud di Hospital.

Kejadian yang berlaku kira - kira jam 10.00 malam melibatkan PKOD Kota Setar adalah satu latihan menyelamat bersama angesi penyelamat yang lain termasuk Bomba Dan Penyelamat,PDRM,Bomba Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim,ATM,Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar(HSBAS) dan Rumah Sakit Angkatan Tentera(RSAT), Seramai 12 Anggota Sukarela Tugasan Operasi (ASTO),4 orang Pegawai dan 2 buah ambulan JPAM terlibat dalam Latihan Full Scale 2012 pada kali ini.

Latihan yang berlangsug hampir 3 jam itu dilakukan pada sebelah malam lebih mencabar pada latihan - latihan sebelumnya yang di adakan pada sebelah siang,Tahniah di ucapakan kepada mereka yang terlibat semoga Latihan Full Scale 2012 dapat memberi manafaat,pengalaman dan serta ilmu kepada anggota terlibat.

LIHAT GAMBAR KLIK DI SINI

Isnin, 12 Mac 2012


ALOR SETAR - 03 Mac 2012, Baru - baru ini PDPA Kota Setar menerima kunjungan dan lawatan 5S daripada pejabat PDPA Kulim.


Seramai 7 orang Anggota Sukarelawan dan seorang pegawai tetap PDPA Kulim yang hadir pada lawatan kali ini,pada lawatan tersebut Mohd Faizol Ab Aziz selaku Fasilitator 5S JPAM Daerah Kota Setar menerangkan serba sedikit pengenalan JPAM Daerah Kota Setar serta pengalaman JPAM Daerah Kota Setar ketika melakukan kerja kerja 5S hinggalah ke tahap persijilan.

Selain itu perseta di bawa melawat setiap zon 5S yang terdapat di PDPA Kota Setar bagi memudahkan lagi pemahaman supaya pelawat dapat membuat yang lebih terbaik di PDPA Kulim nanti,Taniah di ucapkan semoga PDPA Kulim berjaya mendapat persijilan 5S nanti.

LIHAT GAMBAR KLIK DI SINI

Ahad, 4 Mac 2012

Pokok tumbang halang lalulintas


ALOR SETAR - Pokok tumbang menghalang lalu lintas di Bt 6 Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Kejadian berlaku kira - kira jam 9.00 pagi tadi.POKD Daerah Kota Setar menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 9.27 pagi, Seramai 3 orang anggota dan sebuah jentera di arahkan ke sana sejurus menerima panggilan kecemasan, Anggota mengambil masa kira - kira 1 jam untuk memotong dan membersihkan pokok tumbang tersebut.

LIHAT GAMBAR KLIK DI SINI

Bangunan Baru JPAM Kedah Siap Mei

Foto Oleh JPAM Daerah Kota Setar

ALOR SETAR – Projek pembinaan bangunan baru Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kedah di sini yang bernilai RM18.4 juta dijangka siap pada 17 Mei ini.
Ketua Pengarah JPAM, Datuk Sulaiman Keling, berkata projek yang sepatutnya disiapkan Ogos tahun lalu, gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan berikutan beberapa masalah.
“Kita sudah berbincang dengan pihak kontraktor bersama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan mereka (kontraktor) memberitahu antara masalah yang dihadapi ialah berlakunya banjir di kawasan ini pada hujung 2010.
“Yang kedua ialah dari segi pertukaran kepada sistem IBS (Industrialised Builiding System). Mereka perlu menyusun semula sesetengah keperluan dan perlu menggunakan sekurang-kurangnya 75 peratus sistem IBS dan Alhamdulillah perkara-perkara itu dapat diselesaikan.
“Sekarang ini kita cuma nak teruskan projek ini dan kita harap ia dapat disempurnakan dengan baik oleh pihak kontraktor,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan pihak kontraktor dan mengadakan lawatan ke tapak bangunan baru di Anak Bukit di sini, hari ini.
Katanya, buat sementara waktu ini, JPAM terpaksa menggunakan atau menyewa tempat-tempat lain untuk mengadakan latihan sukarewan JPAM khususnya di zon utara.
“Jika projek ini siap, ia akan menempatkan bangunan pejabat, bangunan asrama dan tapak latihan,” katanya.
Mengikut perancangan awal, projek yang bermula pada Februari 2010 itu akan siap pada Ogos 2011 dan ia ditangguhkan sehingga 17 Mei 2012.
Sulaiman berkata, jika diikutkan jadual, sepatutnya bangunan ini sudah siap 67 peratus, tapi sekarang baru 60 peratus disiapkan oleh pihak kontraktor.
“Saya secara peribadi mengharapkan dengan pertemuan ini (antara pihak kontraktor, perunding dan JKR) kerja-kerja ini dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan. Ini adalah untuk kebaikan semua pihak supaya sistem penyampaian kita dapat dilaksanakan dengan baik kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata, bangunan itu perlu disiapkan dengn segera kerana apabila ia siap, latihan-latihan untuk anggota sukarelawan JPAM dapat dijalankan dengan tersusun.
Katanya, terdapat dua negeri yang masih dalam proses pembinaan bangunan JPAM iaitu di Kuantan, Pahang dan Kuching, Sarawak. – BERNAMA

LIHAT GAMBAR KLIK DI SINI

Khamis, 1 Mac 2012


PENDANG - Buat pertama kalinya JPAM Negeri Kedah akan menyertai pertandingan Sukan Sungai di dalam acara perahu panjang pada tahun ini.

Bagi persipan pertandingan seramai 12 orang anggota JPAM Daerah Kota Setar dan 2 orang anggota JPAM Daerah Pendang menjalani latihan kali pertama yang di adakan di Stadium Mini Pendang kemarin.

Setiap perseta diuji kecegasan stamina dengan belari sejauh 2.4 kilo meter dan menjalakan latihan teknik mendayung yang betul, Latihan tersebut yang turut dibantu oleh Ketua Jurulatih Perahu Panjang Majlis Daerah Pendang bagi memastikan JPAM Negeri Kedah lebih mantap seiring dengan pasukan yang lain.

Latihan yang bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 7.00 malam,di sini kemari..

LIHAT GAMBAR DI SINI